Izinkan saya perkenalkan diri dalam blog pertama saya ini. Nama diberi Jones Joyner anak Jugah dan berasal dari Kuching, Sarawak. Saya merupakan pelajar semester kedua Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor dan mengambil subjek Visual Technology Production sebagai subjek elektif.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada waktu malam.
Cat Statue yang terletak di tengah bandaraya Kuching Utara
Cukup tentang Kuching, hehehe. Sekarang fokus kepada pembelajaran kita pada hari ini.
Sememangnya teknologi merupakan alat yang memudahkan manusia dalam melakukan pekerjaan seharian mereka dan sentiasa menarik minat saya untuk mempelajari lebih dalam terutamanya apabila menyampaikan pengajaran di dalam kelas sebagai alat bantu mengajar yang efektif. Salah satu alat yang efektif dan alat yang boleh dibawa ke mana-mana ialah kamera.
Kamera merupakan satu alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan objek yang bergerak dalam bentuk filem ataupun video. Istilah ini serta kamera masa kini mengalami perubahan dan berevolusi dari camera obscura, frasa dalam bahasa Latin yang bermaksud "bilik gelap", suatu mekanisme awal yang bertujuan untuk memaparkan imej, yang mana seluruh bilik sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa.
Kamera jenis DSLM (Digital Single Lens Mirrorless)
Kamera Digital
Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex)
Pelbagai lensa yang boleh digunakan untuk menangkap gambar
Ok cukup la setakat ini sahaja ye. Next post, Jones akan bahagikan persamaan dan perbezaan di antara kamera-kamera yang telah dinyatakan di atas dan bagaimana kamera berfungsi dan berupaya untuk menangkap gambar yang jelas dan menarik.




ermmm...last update 30 Nov?....
ReplyDelete